Ok, straight to the point. Kali ni tajuk entri agak mencabar sebab dengan tajuk dia atas ni orang boleh membuat bermacam2 rumusan walau ape pun sila baca entri ini sampai abis ok. :)
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
Kita hanyalah manusia biasa yang di jadikan Allah dari mani seorang lelaki aka ayah lalu di kandung oleh seorang wanita aka ibu sehingga lebih kurang 9 bulan lama nya. Dalam masa 9 bulan tu bermacam2 yang di lalui oleh seorang ibu yang mengandung dan 1001 cabaran untuk seorang ayah mencari rezeki demi masa depan anak yang di kandung.
Sekali imbas segalanya seperti mudah tapi semua nya adalah tak di jangka oleh akal dan minda seorang manusia, berkat kesabaran maka lahirlah kita ke dunia melihat keindahan kehidupan yang sementara. *Alhamdulillah* Kitaran hidup kita bermula saat di dalam kandungan lagi, hidup dan mati memang kerja Allah tapi bagaimana kita memulakan kehidupan dan bagaimana kita menerima kematian itu berlainan.
Ibu dan ayah adalah manusia yang sentiasa merasa bertuah apabila melihat bayi yang di kandung di lahirkan dengan selamat walaupun mungkin kadangkala tidak berapa sempurna tapi ibu dan ayah tetap gembira kerana itu lah tanda kasih dan cinta dua manusia. Menjadi bayi masih tiada dosa, kemudian membesar menjadi kanak2. Di asuh - di didik ibu dan ayah mengenal benda, menyebut perkataan, bermain permainan, membaca, di hantar ke sekolah, etc. Dengan itu berakhirnya hubungan yang sangat akrab bersama ibu ayah.
Sampai lah masa untuk kite menjadi remaja, mula mengingkari kata2 ibu ayah sedikit demi sedikit. Masa yang terluang tiada lagi bualan seperti zaman kanak2 yang penuh warna warni dan bermacam2 ayat di lontar kan seperti "ibu itu ape?" atau mungkin "adik nak makan dengan ayah". Saat remaja tidak lagi keluar bersama ibu ayah, hanya kawan2 menjadi teman. Sekali lagi jurang semakin jauh dan hubungan semakin berakhir.
Kemudian menjadi dewasa, bekerja, berkahwin, beranak etc....sampai masa kite kembali semula pada pencipta. Terus putus hubungan amalan dan keluarga. Hanya doa2 dari ibu bapa *if they still alive*, doa dari anak2 yang soleh dan mungkin suami atau isteri yang mithali.
Ya Allah, engkau hidupkan aku dalam keadaan yang sangat istimewa dan bersih suci dari segala kotoran dan dosa. Maka Engkau mati kan lah aku dalam keadaan sempurna seperti lahir ku dan dalam penuh keislaman. Sesungguhnya aku tidak sanggup ke neraka mu namun aku jua tidak layak untuk syurgamu. Amin
No comments:
Post a Comment