Friday 13 July 2012

Entri Tanpa Tajuk...!!

Salam semua...semoga anda sihat2 dan ceria selalu.

Tak banyak yang BLN nak bualkan untuk entri kali ni cuma nak meluahkan perasaan je sket.
KOrang sanggup ke nak baca semua luahan2 nh..? hehehe

Tengok tajuk entri pun mesti korang dah melintang larik kan? :)

hahahaha tak pe, tak pe...FAHAM!!

Tak de ape sangat pun yang BLN nak bual or luahkan sesaja nyakat korang tadi...wat masa nih otak tengah celaru so tak kuasa nak menyiapkn entri2 yang melambak dlm draft maka kaedahnya adalah..jeng jeng jeng...

Merepek, meraban, meee...ntah ape2 me lagi lah. hehehehe

Korang2 semua jaga diri elok2 tau, syg ibu bapa selalu dan hormati lah diorang k. #bajet macam ramai je baca blog aku kn..wakakkaaakaka

Tenkiu olls...salam!

Monday 9 July 2012

Bawa AKU Pergi...!!

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia....wah,wah,wah... ayat opening yang sangat skema. hahaha

Tengok ayat pembukaan pun dah macam feeling jadi PM *nko tak payah nak berangan sangat ye BLN..
Wahtever is..BLN memang tengah duk feeling-feeling and touching-touching....! uhuk :(

Pape pun just nak citer kat korang, BLN feeling sangat tiap kali dengar lagu BAWA AKU PERGI - Zizzn ft Kaka. Cume kalau lagu tu diorang nyanyikan untk BLN sepatutnya diorang tukar kan siul jadi deruman motosikal..hehehe

Alaaahhh, korang memang tak kan faham maksud BLN, hanya saya dan dia saja faham..hehehe
Tak kisah la kalau korang tak faham pun....yang penting kite enjoy.

ssoooo...korang layan je lah lagu nh. hehehe :)




Tuesday 3 July 2012

Berakhirnya Hubungan Kita...!!

Salam semua....hah, ape kene mengena tajuk entri kali ini dengan life BLN? Ohhh, bukan sama sekali....ni story pasal sume orang. Korang jangan fikir negative....thinking positive to stay positive, ok my dear? hahaha

Ok, straight to the point. Kali ni tajuk entri agak mencabar sebab dengan tajuk dia atas ni orang boleh membuat bermacam2 rumusan walau ape pun sila baca entri ini sampai abis ok. :)
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
Kita hanyalah manusia biasa yang di jadikan Allah dari mani seorang lelaki aka ayah lalu di kandung oleh seorang wanita aka ibu sehingga lebih kurang 9 bulan lama nya. Dalam masa 9 bulan tu bermacam2 yang di lalui oleh seorang ibu yang mengandung dan 1001 cabaran untuk seorang ayah mencari rezeki demi masa depan anak yang di kandung.

Sekali imbas segalanya seperti mudah tapi semua nya adalah tak di jangka oleh akal dan minda seorang manusia, berkat kesabaran maka lahirlah kita ke dunia melihat keindahan kehidupan yang sementara. *Alhamdulillah* Kitaran hidup kita bermula saat di dalam kandungan lagi, hidup dan mati memang kerja Allah tapi bagaimana kita memulakan kehidupan dan bagaimana kita menerima kematian itu berlainan.

Ibu dan ayah adalah manusia yang sentiasa merasa bertuah apabila melihat bayi yang di kandung di lahirkan dengan selamat walaupun mungkin kadangkala tidak berapa sempurna tapi ibu dan ayah tetap gembira kerana itu lah tanda kasih dan cinta dua manusia. Menjadi bayi masih tiada dosa, kemudian membesar menjadi kanak2. Di asuh - di didik ibu dan ayah mengenal benda, menyebut perkataan, bermain permainan, membaca, di hantar ke sekolah, etc. Dengan itu berakhirnya hubungan yang sangat akrab bersama ibu ayah.

Sampai lah masa untuk kite menjadi remaja, mula mengingkari kata2 ibu ayah sedikit demi sedikit. Masa yang terluang tiada lagi bualan seperti zaman kanak2 yang penuh warna warni dan bermacam2 ayat di lontar kan seperti "ibu itu ape?" atau mungkin "adik nak makan dengan ayah". Saat remaja tidak lagi keluar bersama ibu ayah, hanya kawan2 menjadi teman. Sekali lagi jurang semakin jauh dan hubungan semakin berakhir.

Kemudian menjadi dewasa, bekerja, berkahwin, beranak etc....sampai masa kite kembali semula pada pencipta. Terus putus hubungan amalan dan keluarga. Hanya doa2 dari ibu bapa *if they still alive*, doa dari anak2 yang soleh dan mungkin suami atau isteri yang mithali. 

Ya Allah, engkau hidupkan aku dalam keadaan yang sangat istimewa dan bersih suci dari segala kotoran dan dosa. Maka Engkau mati kan lah aku dalam keadaan sempurna seperti lahir ku dan dalam penuh keislaman. Sesungguhnya aku tidak sanggup ke neraka mu namun aku jua tidak layak untuk syurgamu. Amin